Permaisuri Camilla
Permaisuri Camilla

Permaisuri Camilla

Camilla, Permaisuri United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel, GCVO, CSM, PC (nama asal Camilla Rosemary Shand, sebelumnya Parker Bowles, lahir pada 17 Julai 1947), ialah isteri perkahwinan kedua Raja Charles III, Raja United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel. Selepas berkahwin beliau layak digelarkan sebagai Puteri Wales,akan tetapi demi menghormati gelaran tersebut yang sangat sinonim dan berkait rapat dengan mendiang Diana, Puteri Wales beliau memilih untuk tidak menggunakan gelaran tersebut. Sebaliknya menggunakan gelaran Duchess of Cornwall, gelaran kedua tertinggi suaminya ketika menjadi Putera Wales. Di Scotland, Camilla dikenali sebagai Duchess of Rothesay. Sekiranya Charles menaiki takhta kerajaan United Kingdom, Camilla akan menjadi seorang Permaisuri Damping; walau bagaimanapun, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat rasmi Clarence House pada hari perkahwinannya dengan Charles mengumumkan bahawa Camilla hanya akan dikenali sebagai Puteri Damping (Suri/Isteri kepada Raja) atau Princess Consort. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 2022 ketika majlis rasmi sambutan Jubli Platinum bersempena ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth II sebagai Ratu dan Pemerintah United Kingdom, Ratu Elizabeth II menyatakan beliau mahu menantunya Camilla, Duchess of Cornwall, digelarkan sebagai Permaisuri apabila Putera Charles menaiki takhta menjadi Raja. Ratu Elizabeth II berkata ia adalah "keinginan ikhlas" beliau untuk Camilla mendapat gelaran itu.Camilla ialah anak sulung Mejar Bruce Shand dan isterinya Rosalind Cubitt, anak perempuan Roland Cubitt, Baron Ashcombe ke-3. Camilla dibesarkan di Timur Sussex dan Selatan Kensington, dan didik di England, Switzerland dan Perancis. Camilla bekerja untuk firma yang berlainan di Central London, terutamanya firma yang menghias Sibyl Colefax & John Fowler. Pada tahun 1973, Camilla berkahwin dengan pegawai tentera British, Andrew Parker Bowles, dan melahirkan dua anak. Mereka bercerai pada tahun 1995.Camilla menjalinkan hubungan dengan Charles,Putera Wales sebelum, semasa dan selepas perkahwinan mereka. Hubungan ini menjadi mendapat publisiti di media dan menarik perhatian di seluruh dunia.[1] Pada tahun 2005, ia memuncak dalam perkahwinan sivil di Windsor Guildhall, yang diikuti oleh berkat Anglikan oleh Uskup Agung Canterbury, Rowan Williams, di Gereja Kecil St George, Istana Windsor.Sebagai Duchess of Cornwall, Camilla membantu Putera Wales untuk setiap tugasan rasminya. Camilla juga adalah penaung, presiden dan ahli jawatankuasa badan-badan organisasi. Sejak 1994, Camilla telah mengambil tindakan terhadap osteoporosis, memperoleh penghormatan dan penghargaan. Camilla juga telah membangkitkan kesedaran dalam bidang-bidang termasuk kes rogol dan penderaan seksual, celik huruf dan kemiskinan, yang mana telah dipuji.[2][3]

Permaisuri Camilla

Anakanda
  • Tom Parker Bowles
  • Laura Lopes
Ayahanda Bruce Shand
Tempoh 8 September 2022 – kini
Pasangan
  • Andrew Parker Bowles
    (k. 1973; c. 1995)
  • Charles III
    (k. 2005)
Pendidikan
  • Sekolah Queen's Gate
  • Universiti Institut London, Paris
Kemahkotaan 6 Mei 2023
Bonda Rosalind Cubitt
Keputeraan Camilla Rosemary Shand
(1947-07-17) 17 Julai 1947 (umur 75)
Hospital King's College, London, United Kingdom
Kerabat Windsor (melalui perkahwinan)

Rujukan

WikiPedia: Permaisuri Camilla http://www.imdb.com/name/nm0993231/ http://www.nzwomansweekly.co.nz/front-page-carouse... http://duchyofcornwall.org/the-duchess-of-cornwall... http://news.bbc.co.uk/1/hi/in_depth/uk/2005/charle... http://www.belfasttelegraph.co.uk/life/features/ca... http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/royals/2... http://www.princeofwales.gov.uk/personalprofiles/t... http://www.royal.gov.uk/ThecurrentRoyalFamily/TheD... https://web.archive.org/web/20061216222325/http://... https://www.royal.uk/the-duchess-of-cornwall